Wednesday, September 21, 2011

[18++] Rahsia Otak Wanita Ketika Orgasme

Rahsia Otak Wanita Ketika Orgasme


Untuk pertama kalinya saintis mengimbas otakwanita saat orgasme. Ternyata, tempoh orgasme wanita lebih lama daripada lelaki, dan ada saraf khusus di dalam otak yang mempengaruhinya. Saintis mendapati bahawa ghairah seksual berkaitan dengan sistem saraf perempuan terbentuk sedemikian rupa sehingga kaum hawa ini tidak banyak merasakan sakit tapi hanya kesedapan.

Penyelidik Amerika Syarikat mendapati bahawa orgasme mempengaruhi sekitar 30 sistem saraf pada otak yang berkaitan dengan sensor emosi, sentuhan, kepuasan, gembira dan ingatan.

Tim dari Tugers University, New Jersey, berharap penemuan ini boleh mmberitahu apa yang terjadi pada otak perempuan ketika mereka orgasme. Selain itu, ini menjadi gambaran tentang persoalan orgasme lelaki dan membandingkan kesan kepuasan pada otak lelaki dan wanita.

Bukti kajian ini juga menunjukkan bahawa perempuan merasakan orgasme lebih lama daripada lelaki, serta dapat mengalaminya secara banyak kali.

Saintis melakukan kajian terhadap lapan perempuan dengan ransangan perasaan orgasme sambil diukur dengan pengimbas Magnetic Resonance Imaging (MRI). Sebahagian besar perempuan memerlukan sekitar lima minit untuk meraih orgasme sedangkan beberapa yang lain memerlukan 20 minit. Banyak perempuan yang ejakulasi pramatang, hehe.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dua minit sebelum orgasme, pusat otak yang menjadi ttitk ukur kesedapan menjadi aktif. Ini juga biasa terjadi apabila kita makan dan minum.

Ketika mencapai titik puncak orgasme, kawasan lain pada otak juga terkena impak seperti korteks sensor yang menerima mesej sentuhan dari beberapa bahagian badan dan thalamus, yang nantinya menghantar kembali isyarat tersebut ke bahagian tubuh lain.

ketika orgasme pun, beberapa bahagian otak lain menjadi aktif seperti saraf yang bertanggungjawab pada emosi iaitu cingulate cortex dan insula. Bahagian terakhir yang aktif adalah hipothalamus, bahagian kawalan otak yang berpengaruh pada penyaluran suhu tubuh, rasa lapar, haus dan keletihan.

Di waktu yang sama, beberapa unsur otak yang bertanggung jawab pada rasa nikmat menjadi aktif iaitu nucleus accumbens dan caudate nucleus.

Saintis juga mendapati rumusan aktiviti yang berpengaruh pada semua perempuan. Barry Komisaruk, profesor psikologi di Rutgers University New Jersey mengatakan "Pada perempuan, pengeluaran orgasme berkaitan sistem saraf yang meluas pada otak dan tubuh. Jadi, ini boleh menjadi bukti bahawa perempuan merasakan orgasme yang lebih lama dan mampu mendapatkan orgasme banyak kali lebih cepat."

Rata-rata orgasme perempuan sekitar 10 hingga 15 saat sedangkan lelaki sekitar enam saat.
Read more ...
Monday, September 19, 2011

Isteri mengadu bosan posisi di atas

SOALAN

SAYA hendak tahu cara bersetubuh yang disyorkan dalam Islam. Posisi mana yang sesuai kerana isteri saya mengadu dia bosan dengan posisi saya di atas.

Saya berkahwin hampir lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya harap doktor dapat mencadangkan posisi untuk saya mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri.

RAD
Ipoh, Perak


JAWAPAN


Pernah sahabat bertanya Rasulullah SAW mengenai hubungan kelamin dari belakang, yang mana mengikut sahabat ia dilarang sama sekali.

Rasulullah SAW kemudian memaklumkan, melakukan hubungan seksual dari belakang adalah harus, dengan syarat anggota sulit lelaki masuk ke anggota sulit perempuan dari posisi itu.

Pendek kata, apa saja posisi boleh dilakukan, asalkan ereksi lelaki masuk ke dalam faraj wanita.

Sehubungan itu, anda boleh mencuba posisi persetubuhan dari belakang, atau pasangan di atas, sama ada tubuh badan depannya bertentangan atau membelakangkan muka anda atau cara mana yang anda dan dia rasa selesa serta mudah melakukannya.

Tidak semestinya hubungan seksual dilakukan di atas katil kerana ia juga boleh dilakukan di atas sofa dengan posisi duduk.

Elok hubungan kelamin itu dilakukan di dalam kamar tidur atau dalam rumah dan bukan di luar kerana tidak beradab dalam pandangan Islam.

Dr.Ismail Thamby
sumber : metro
Read more ...

Cepat Klimaks Dan Lambat Ereksi

SAYA berusia 32 tahun dan berumah tangga hampir tiga tahun dan ada dua anak. Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks manakala lambat ereksi untuk kali kedua. Saya berasa malu untuk berjumpa doktor berhubung masalah ini, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dan berjumpa pakar.

MIL
Bukit Beruntung

Jawapan :


Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala ereksi yang hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan.

Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tips daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai cincin Kanda.

Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika menggerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan juga tiada lagi, menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku.

Sehubungan itu pemakai cincin ini perlu tahu cara menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal. Jika ia masih tiada perubahan, lebih baik berjumpa doktor.

sumber : harian metro
Read more ...

Hilang Selera Bersama Suami

Pakar Sakit Puan





Soalan


Saya sudah 11 bulan melahirkan anak ketiga. Masalahnya kini, sejak mula hamil anak ketiga hingga sekarang, nafsu untuk mengadakan hubungan kelamin saya menurun sehingga saya tidak punya keinginan langsung.
Saya mempunyai masalah tiroid. Adakah semua masalah saya ini berpunca daripada tiroid atau saya ada masalah lain?
Jawapan


TIDAK mustahil masalah keintiman hubungan kelamin bukan saja berpunca daripada satu masalah, tetapi beberapa masalah yang mungkin tidak disedari misalnya masalah komunikasi.

Ada juga laporan kajian masalah serupa dialami oleh ibu yang menyusu badan disebabkan oleh peningkatan hormon prolaktin. Anda tidak menyatakan jenis masalah tiroid yang anda alami, sama ada paras hormonnya berlebihan atau sebaliknya menurun atau adakah paras hormonnya normal, tetapi cuma leher saja membengkak.

Eloklah anda berjumpa doktor anda untuk menyuarakan masalah dan menjalani ujian tertentu. Lazimnya kita mempunyai doktor yang dianggap ‘rapat’ kerana sering mendapatkan rawatan misalnya rawatan antenatal ataupun anda boleh terus berjumpa pakar psikiatri untuk mendapatkan bimbingan lebih profesional. Usah malu kerana pengajian bidang psikiatri juga merangkumi masalah sebegini.




Sumber : Doktor Adilah Ahmat

                 Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF,
                 Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Read more ...

Masalah Senggugut Teruk

Pakar Sakit Puan




Soalan


Saya berumur 28 tahun dan suami berumur 29 tahun. Kami sudah berkahwin kira-kira dua tahun dan belum dikurniakan zuriat. Tetapi ia tidak memberi tekanan hebat buat saya dan pasangan kerana kami saling percaya bahawa zuriat sebagai rezeki-Nya.

Cuma saya ingin bertanya, setiap kali datang haid, saya akan mengalami senggugut yang teruk sejak di bangku sekolah dan ia berlanjutan sehingga sekarang. Tetapi setelah berkahwin keadaan senggugut masih sakit cuma tidak seteruk seperti sebelum berkahwin. Sebelum berkahwin, tempoh haid saya tidak menentu dan ada kalanya sehingga 20 hari, ada kalanya didatangi haid dua kali sebulan.

Saya juga dapati, setiap kali mengangkat barang berat, pada keesokannya keluar darah seperti darah haid, tetapi berwarna coklat. Bahagian rahim saya juga mudah sakit seperti kekejangan menyebabkan saya perlu mencangkung sekiranya saya mengalami perkara itu dan ia berakhir beberapa minit kemudian. Saya juga pernah mengalami sakit di bahagian rahim sehingga tiga hari.

Saya pernah berjumpa dengan doktor sakit puan dan masalah seperti kekejangan itu tidak mendapat jawapan. Saya kemudian diberi ubat hormon provera bagi membetulkan tempoh haid. Kini haid saya sudah stabil, tetapi masalah sakit seperti kekejangan masih ada.

Adakah ini disebabkan keadaan rahim atau saya mengalami masalah lain sehingga melambatkan saya untuk hamil?


Jawapan


SENGGUGUT teruk tidak semestinya berkait dengan kesuburan. Bagaimanapun, eloklah ia diselidiki sekiranya terdapat penyakit, agar derita senggugut tidak berterusan sedemikian lama.

Sukar untuk memberitahu dengan pasti sama ada sakit yang dialami itu berpunca daripada rahim kerana organ lain seperti tiub fallopio, ovari, pundi kencing, usus dan ruang peritoneum juga berada berhampirannya, lebih-lebih lagi jika berlaku komplikasi perletakan sesama organ.

Senggugut yang dialami setelah haid keluar (hari pertama dan seterusnya) mungkin tiada penyakit dan hanya berkait dengan tumpuan darah haid di dalam rahim. Bagaimanapun, senggugut yang bermula sebelum haid keluar mungkin ada kaitan dengan penyakit misalnya endometriosis. Malah, senggugut ini boleh berterusan walaupun haid sudah berhenti.

Pada masa sama, haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh gangguan ovulasi yang akan mengganggu kesuburan. Hormon yang diberikan bertujuan menggantikan kekurangan hormon progesteron dalam seseorang yang berlaku akibat ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) pada kitaran terbabit.

Eloklah anda mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan.




Sumber : Doktor Adilah Ahmat



                 Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF,
                 Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Read more ...

Malam Pertama Pengantin Baru




Malam Pertama Pengantin

Apabila kita rujuk apa akan berlaku pada malam pertama pengantin pasti dalam fikiran kita adalah hubungan SEKS dan proses untuk memecahkan dara isteri. ANDA jangan terkejut ada juga pasangan pengantin yang telah berkahwin bertahun TETAPI masih GAGAL untuk memecahkan dara isteri. Ini boleh berlaku jika teknik hubungan seks tidak berkesan atau posisi seks yang dipilih tidak tepat untuk memecahkan dara isteri.
 
 Ada selaput dara yang nipis, ada selaput dara yang tebal. Ada lubang faraj yang dalam dan ada juga zakar yang kecil dan pendik. Jangan memandang ringan ilmu ini kerana kesilapannya boleh membuatka isteri anda kurang menghormati anda kerana anda kasar. Atau kerana anda tidak dapat memuaskan nafsu beliau (isteri). INGAT nafsu lelaki hanya 1 dan nafsu perempuan adalah 9. Untuk itu lelaki perlu menggunakan akalnya yang 9 berbanding akal wanita 1 untuk memenuhi nafsu isteri  yang 9.


Kenikmatan dalam hubungan seks.

Saat yang paling indah dalam berumahtangga adalah melakukan hubungan seks antara suami iateri.Ianya merupakan puncak kebahgiaan dan titik akhir dari gelora cinta yang membara didada,sebab keinginan untuk melakukan seks merupakan satu kecenderungan semulajadi atau satu naluri biologi yang normal dari setiap manusia.
Aspek yang paling utama di dalam hubungan seks adalah hubungan yang intim antara suami dan isteri,kerana dengan hubungan tersebut akan membawa teman hidup anda kepada kenikmatan yang tidak terhingga,keghairahan,kemesraan dan kenikmatan tersebut akan lebih sempurna jika hal-hal yang ikut serta mempengaruhi kenikmatan seks itu diperhatikan.
      

 Di antara hal-hal yang akan mempengaruhi dalam hubungan seks :-
       

      Tempat tinggal yang selesa

Tempat tinggal atau rumah berfungsi sebagi tempat berlindung dari panas matahari,curahan hujan,tiupan angin serta gangguan binatang dan lain-lain di samping itu tempat tinggal juga berfungsi sebagai hiasan bagi pemiliknya.

Keindahan dan kebersihan rumah secara umum harus diperhatikan akan tetapi yang paling diutamakan dari kesemuanya itu adalah tempat tidur yang selesa,sebab bilik tidur adalah merupakan tempat istimewa bagi pasangan suami isteri untuk mengadakan hubungan seks,kerana kegitan seks bukanlah suat hal yang boleh dilakukan di tempat-tempat umum,apalagi kebanyakan pasanagan suami isteri hanya mempunyai masa mengadakan hubungan seks pada waktu malam sahaja,oleh kerana itu suasana bilik yang bersih,berbau harum,dengan lampu yang romantic ikut serta mempengaruhi keghairahan suami isteri dalam melakukan hubungan tersebut


Membersih badan dan berhias

Sebelum melakukan persetubuhan hendaklah suami dan isteri membersihkan badan atau mandi terlebih dahulu,sebab badan yang tidak bersih dan berbau busuk tidak akan memberi keselesaan dan kenikmatan kea rah hubungan seks yang romantic

Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi seorang isteri,merupakan hal yang sangat penting menyebabkan timbulnya rasa cinta dan kasih saying,serta membangkitkan syahwat untuk segera melakukan hubungan seks


Berfikiran tenteram

Pada waktu hendak melakukan hubungan suami ister fikiran hendaklah tenang,bebaskan jiwa dari segala masalah,sebagai seorang suami jika pada waktu melakukan hubungan tersebut masih melakukan tugas,seperti kerja di pejabat, perniagaan dan sebagainya, sudah pasti kenikmatan dalam melakukan hubungan seks dengan isteri tidak akan sepenuhnya dinikmati.
     
Begitu juga sebaliknya,seorang isteri jika pada waktu melakukan hubungan tersebut masih memikirkan masalah rumahtangga dan lain-lain sudah pasti tidak akan memenuhkan kenikmatan yang diharakan, apalagi sesuai dengan fitrah wanita agak sedikit lambat nafsunya terangsang jika dibandingkan dengan lelaki, oleh kerana itu ketenangan dalam fikiran sangatlah diperlukan.




PENGALAMAAN PADA MALAM PERTAMA

Malam pertama bagi pasangan suami isteri yang baru saja menikah,adalah merupakan suatu malam yang bersejarah dan penuh dengan berbagai macam perasaan,perasaan tersebut bercampur antara gembira dan duka. Kegembiraan yang di maksudkan disini adalah bagi pasangan suami isteri yang saling suka sama suka dan saling cinta mencintai,sedangkan perasaan duka adalah bagi mereka yang dikahwinkan secara paksa atau bukan atas dasar kerelassn hati

Malam pertama adalah malam yang mendebarkan, terlintas dalam pemikiran bermacam ragam keseronokkan,rasa dan sebagainya. Rasa takut dan rasa malu ini terutama yang mengalaminya adalah kaum wanita,hal ini kerana mahkotanya yang selama ini ditutup dengan rapi,pada malam pertama ini akan dikecapi oleh seorang lelaki yang bergelar suami.,apalagi dengan telah mendengar berita dari kawan-kawan ataupun buku-buku bacaan bahawa kesakitan akan dialami apabila selaput dara hendak dipecahkan,pada hal sebenarnya pendapat yang demikian itu terlalu berlebihan kerana semuanya ini tergantung pandai atau tidak suami memainkan peranan.

Dikalangan masyarakat,ada satu pemikiran yang kurang sihat yang selalu kita dengari aitu pndapat yang mengatakan bahawa malam pertama adalah merupakan malam ujian bagi lelaki dan malam pertama adalah malam yang mesti digunakan untuk memecahkan selaput dara,malam pertama itu amat menentukan,sebab apabila ia gagal melakukan hubungan seks pada malam itu,bereti adalah sebagai tanda kegagalannya untuk masa-masa selanjutnya.

Pendapat yang demikian itu sebenarnya terlalau berlebihan dan mestilah di jahi, dan pendapat yang sedemikian akan mengakibatklan lelaki bersifat kasar, tanpa pertimbangan sehingga menimbulkan rasa sakit bagi isteri. Dan ia sangat berlawanan dengan Islam, kerana agama yang mengutamakan kelembutan, kesederhanaan, kasih sayang, kerelaan bukan kekasaran.

Suami dengan bekal pengetahuan yang ada, mungkin akan mengharapkan ia akan mengalami perasaan kenikmatan sebagaimana yang pernah dialaminya pada waktu ia mengeluarkan air mani ketika bermimpi, malah lebih dari itu, kerana pada saat ini ia akan melakukan hubunganseks yang nyata dengan isteri yang dicintai, dan mungkin juga akan menimbulkan perasaa ragu-ragu, apakah  ia akan melayarkan bahteranya ke pulau impian ataukah kemudinya akan patah di tengah jalan, dan mungkin pula dia akan merasa takut untuk merosak selaput dara, kalau-kalau akan menimbulkan rasa kesakitan kepada isterinya.

Mungkin juga kerana desakan nafsu yang begitu tinggi, sehingga ia mengeluarkan air maninya sebelum ia sempat memasukkan zakarnya kevagina isterinya. Dan mungkin pula kerana terlalu kasihan kepada si isteri, takut kalau-kalau ianya sakit sehingga zakar menegang secara tiba-tiba lemah dan terkulai.

Hal ini sebenarnya tidak perlu dirisaukan. Jika ia terjadi tidaklah bererti bahawa suami akan gagal untuk selamanya. Ia harus bersabar dan mengulanginya lagi walaupun hingga beberapa kali sampai ia berhasil.

Sering juga terjadi, pad asaat akan melakukan persetubuhan dengan isteri pada malam pertama ini, si isteri terlalau pasif malah mungkin agak menolak. Sikap si isteri sendiri pada malam pertama ini mengalami pergolakan kejiwaan yang tidak sedikit. Sebab ia akan mengakhiri kedudukannya sebagai seorang gadis. Dan akan menjadi seorang janda apabila suaminya tidak lagi bersamanya.

Apa yang penting, suami “jangan memaksa isteri”. Kerana ini akan memeberi kesan kepada jiwa bahkan akan menggangu hubungan seterusnya. Keran asetiap kali akan melakukan persetubuhan si isteri akan dibayangi oleg pengalaman pad amalan pertama.

Pada malam pertama suami perlu lebih aktif dan jangan terlalu mengharapkan keaktifan dari si isteri. Jika isteri pasif, adalah lumrah kerana wanita adalah pemalu. Jika pada malam pertama isteri sudah aktif bererti ini tidak sesuai lagi dengan keperibadian aslinya.

Kaaktifan si suami pada malam pertama ini sangatlah di perlukan, baik berupa kata-kata rayuan dan lain-lain. Si suami perlu menunjukkan sifat kejantanannya, tegasnya, si suamilah yang harus memulai terlebih dahulu dalam segala hal.

Perasaan malu yang dialami oleh kaum wanita akan membuatkan dia sedikat bersifat dingin, sedangkan gelojak berahi yang memuncak mendorong ia untuk selalu aktif, kedua perasaan yang saling berlawanan inilah yang kadang kala isteri kurang berhasil dalam melakukan hubungan seks yang pertama ataupun kali. 

Oleh kerana itu, bukanlah merupakan hal yang aneh, jika pada malam pertama ini kedua belah pihak baik suami mahupun isteri mengalami hambatan pada waktu melakukan persetubuhan.  Bahkan mungkin tiak memuaskan dan hal tersebut tidak perlu dan menjadi
Kanya sebagai kekecewaan yang mendalam. Pengalaman yang demikian ini jangan pula dijadikan pedoman bahawa hubungan seks yang akan datang pun akan mengalami kegagalan.

Untuk mencapai keberhasilan pada malm pertama bukanlah hanya tugas suami sahaja. Isteri juga harus ikut serta bukanlah hanya suami sahaja. Isteri harus membantu mengimbangi perilaku suaminya. Tumpahkanlah seluruh kemesraan pada malam pertama itu, jika si isteri belum mendapatkan kepuasan sebagaimana yang diharapkan. Janganlah keduanya merasa cemas dan kecewa. Sebab banyak wanita yang merasakan kepuasan pada malam pertama dan ramai juga yang merasakan kepuasan pada malam pertama. Oleh sebab ini, seorang isteri mestilah bersabar dan selalu menanamkan sikap dalam jiwa bahawa “kepuasan”  tersebut pasti pada suatu hari nanti akan saya nikmati.
Read more ...